- Generic Cial : idvyourxmyunnmdeueal, «link» Viagra vs cialis, svJrlnd.
- acomplia : Aloha! «link» acomplia, «link» klonopin, «link» acomplia diet pills, «link» adipex, «link» ativan,
- buy penis en : Hello! «link» buy penis enlargement pills, «link» vigrx, «link» buy hydrocodone, «link» vimax, «link» lady sonia,
- penis enlarg : Aloha! «link» penis enlargement pills, «link» vigrx plus, «link» lady sonia, «link» fioricet, «link» vimax,
- buy propecia : Hello. «link» lady sonia, «link» buy propecia, «link» lady sonia, «link» vimax pills, «link» buy vimax,
- klonopin : Aloha. «link» adipex, «link» acomplia, «link» klonopin, «link» propecia, «link» vicodin,
- buy xanax : Aloha. «link» buy ambien, «link» buy xanax, «link» buy valium, «link» buy ativan, «link» generic viagra,
- Mike\'s prop : knbwmipobqncrogqrqio, «link» Buy Cialis, HAFxBAa, «link» Levitra compra, MDlBwiD, «link» Propecia, GHpFwye, «link» Generic Viagra, jcvrFDS, «link» Levitra and alcohol, QZHNqrz, «link» Propecia, ZMkxuot, «link» Buy Viagra, bFNxjPn,
- Mike\'s prop : knbwmipobqncrogqrqio, «link» Buy Cialis, HAFxBAa, «link» Levitra compra, MDlBwiD, «link» Propecia, GHpFwye, «link» Generic Viagra, jcvrFDS, «link» Levitra and alcohol, QZHNqrz, «link» Propecia, ZMkxuot, «link» Buy Viagra, bFNxjPn,
- Enhance cock : xianvqskswcnfhlesnev, «link» VigRX, eImhTBX, «link» Buy Vicodin, IJVVshw, «link» Cheap valium, opunylY, «link» VigRX, rCBTxOL, «link» Extenze Enhancement, cYAlTIi, «link» Vig-RX, tMxereq, «link» insanity workout, SNvSBKM, h

DAFTAR SEBAGAI AHLI

KE RUANGAN FORUM
*Untuk log masuk, sila balik ke Menu Utama






![]() | Hari Ini | 237 |
![]() | Hari Sebelum | 350 |
![]() | Minggu Ini | 1440 |
![]() | Minggu Lepas | 1397 |
![]() | Bulan Ini | 2635 |
![]() | Bulan Lepas | 4061 |
![]() | Semua | 9747 |
Your IP: 38.107.191.119
,
Today: Mac 10, 2010
Kelab Pengurusan Muda Islam (KEMUDI)
Selamat Datang Semua
Selamat datang ke laman Kelab Pengurusan Muda Islam (KEMUDI). Laman ini akan menjadi satu alat perhubungan dan penyebaran maklumat tentang Pengurusan Islami yang dibangunkan oleh Akademi Pengurusan YaPEIM.
Di samping itu juga, laman ini akan mengumpulkan sebanyak mungkin individu yang berminat untuk menyertai kelab ini yang mana ahli-ahli kelab ini akan berhubung, berkongsi serta menyalurkan maklumat-maklumat berkaitan Pengurusan Islami melalui laman ini.
Staf YaPEIM dan Peserta-peserta kursus Modul Pengurusan Tauhidik dialu-alukan untuk menyertai kelab ini. Mereka boleh berkomunikasi melalui laman kemudi YaPEIM ini.
InsyaAllah semoga Allah memberi kekuatan dalam melaksanakan hasrat murni ini.

Kenapa Perlu Ada Pengurusan Islami?
Untuk mengatasi segala permasalahan ini serta merealisasikan satu bentuk pengurusan berteraskan Islam secara efektif dan berjaya, sistem pengurusan berteraskan Islam mestilah dibentuk. Inilah yang menjadi keutamaan Akademi Pengurusan YaPEIM iaitu untuk mengangkat dan memartabatkan pengurusan Islami.
Kita lihat bahawa pengurusan Islami ini juga releven dan perlu kerana pengurusan Islami mampu mengimbangi sistem pengurusan konvensional yang agak ekstream. Sebagai contohnya, sistem pengurusan ala Bushido Samurai yang mempergunakan sumber daya insan secara maksima sehingga terabai fitrah kemanusiaan. Manakala sistem pengurusan kapitalisme pula mementingkan produktiviti melebihi segalanya. Begitu juga dengan komunisme yang berjiwa bebas sehingga menerobos hak dan kepentingan orang lain. Pada masa yang sama, hak-hak kemanusian terhadap Penciptanya tidak ditekankan pada hal manusia terikat secara langsung dengan Penciptanya dalam setiap urusan.
Keterikatan manusia dengan Penciptanya Yang Maha Agung dapat dilihat dari sudut pengurusan Islami yang mana manusia bekerja untuk kepentingan diri dan masyarakat tanpa mengabaikan fungsinya sebagai khalifah dan hamba Allah. Melalui dwi-fungsi inilah menjadikan Pengurusan Islami sebagai terbaik kerana akan wujud kesederhanaan dalam pengurusan dan tidak lagi menjadikan manusia sebagai pelahap yang mengaut keuntungan semata-mata. Malah manusia bekerja dan meningkatkan keuntungan demi kesejahteraan di dunia dan Akhirat.
Konsep dan nilai yang digunapakai dalam pengurusan Islami juga sesuai pada semua tempat dan keadaan. Ini terserlah dengan wujudnya budaya hormat-menghormati, saling menyayangi, berkerja sama dan sebagainya. Malah, tepat sekali kalau kita gambarkan bahawa Pengurusan Islami ini sebagai universal dan antarabangsa yang mana adalah menjadi asas Islam, tidak mementingkan sesuatu kaum dengan kaum yang lain dan juga tidak melihat warna kulit seseorang. Dengan kata lain, Islam tidak berdiskriminasi dalam hal pengurusan. Siapa yang paling layak itulah yang akan diletakkan pada tempatnya.
Dua sumber utama Islam, al-Quran dan Sunnah Nabawi adalah tunjang utama kepada Pengurusan Islami. Kedua-duanya merupakan wahyu dari Pencipta, Yang Maha Mengetahui keadaan manusia yang diciptaNya. Kedua-duanya itu juga berfungsi sebagai penunjuk jalan kepada kehidupan manusia serta penghalang kepada kesesatan.
Maka, tanpa ragu-ragu, Pengurusan yang berasaskan Islam ini perlu dikembangkan dan digunapakai di semua institusi dan organisasi supaya masalah yang melibatkan pengurusan ini dapat diselesaikan.
MARUAH: SIFAT TAHU MALU DAN KAITANNYA DENGAN TATAKELOLA YANG BAIK (GOOD GOVERNANCE)
TATAKELOLA YANG BAIK (GOOD GOVERNANCE)
Siddiq Fadzil
Bangsa kita sebenarnya adalah bangsa yang memiliki kesedaran yang cukup tinggi tentang maruah dan kehormatan diri. Justeru, maruah adalah salah satu nilai teras (core value) budaya kita. Nilai maruah itulah yang memberikan motivasi dan daya dorong untuk berjuang membina kehidupan yang bermaruah dan terhormat. Bukan watak bangsa kita rela dengan kehidupan yang hina. Dalam kaitan inilah relevannya pesan orang tua-tua agar nasib tidak sampai seburuk kasut. Memang nasib kasut buruk sekali, dari atas diinjak kaki, dari bawah ditusuk duri, sudah usang dibuang orang!.
Skandal Korporat: Pudarnya Kesedaran tentang MaruahSejarah dekad pertama abad ini telah ditakdirkan bermula dengan serentetan skandal korporat yang melibatkan sejumlah syarikat gergasi seperti Enron, Worldcom, HealthSouth, Tyco International dan lain-lain lagi. Segalanya berpangkal pada keruntuhan integriti dan etika para petinggi pengurusan syarikat-syarikat tersebut. Mereka rata-rata adalah pengurus-pengurus licik yang cukup mahir memalsukan data dan fakta sehingga para penganalisis ternama pun boleh tertipu. Misalnya, sebuah laporan penyelidikan (Wall Street) menyebut Enron sebagai the best of the best di kalangan syarikat-syarikat terkemuka di Amerika Syarikat. Tiba-tiba tidak lama kemudian (hanya selepas lapan minggu) Enron mencatat sejarah kemuflisan korporat terbesar di Amerika Syarikat. Tahu Malu: Manifestasi MaruahMaruah dan kehormatan diri mungkin dapat dipadankan dengan kata dignity dalam bahasa Inggeris. Kata itulah yang dijelaskan oleh Prof. Syed Hussein Alatas sebagai sense of shame, sifat tahu malu yang dimiliki secara kolektif oleh sesuatu bangsa. Sifat tahu malu itulah yang mengawal mereka daripada melakukan sebarang perbuatan yang hina, memalukan, tidak bermoral dan tidak bermaruah. Dalam penjelasan selanjutnya tentang erti dan implikasi dignity, Prof. Alatas menyatakan, “It is undignified to have a dirty surrounding. It is undignified to live in a disorderly and haphazard manner. It is undignified to be subjected to petty corruption and rude treatment. It is undignified to be cheated of your rights. It is undignified to be governed by men with criminal minds, men who spend most of their time plotting to cheat and plunder the state.” (Alatas, S.H., Corruption and the Destiny of Asia, 1999: 113-114). |
Air Muka dalam Budaya MelayuMaruah yang kadang-kadang disebut juga dengan istilah Inggeris face atau air muka adalah juga salah satu nilai teras dalam komponen yang disebut Asian values. Hakikat ini dapat disaksikan juga dalam budaya Melayu yang sangat menjaga air muka. Menjatuhkan air muka orang adalah pantang besar dalam budaya Melayu. Hanya orang yang tidak bermaruah sahaja yang rela air mukanya dijatuhkan. Demikianlah ungkapan “tidak tahu malu!” atau “muka tak malu!” menjadi kata-kata penghinaan yang cukup menyakitkan. Menyedari peri pentingnya maruah atau air muka, maka dalam kaedah penyelesaian konflik biasanya dicari formula face saving, menjaga atau menyelamatkan air muka (maruah) semua pihak yang terlibat. Prisip Menghormati ManusiaMembina warga yang bermaruah harus dilakukan dengan cara menghormati mereka sebagai manusia bermartabat. Penghormatan terhadap maruah dan martabat keinsanan ternyata membawa kesan positif terhadap prestasi kerja. Hakikat inilah yang cuba diserlahkan oleh Larry Julian dalam bukunya, God is My CEO: Following God’s Principles in a Bottom-Line World. Kita mungkin berasa terganggu dengan judul buku tersebut yang terkesan merendahkan Tuhan ke taraf CEO. Tetapi ada kandungannya yang menarik untuk direnung, terutama idea tentang prinsip |









